02 June 2012

APART






TAKKAN ADA PERTEMUAN KALAU TIADA PERPISAHAN.


* kalau tak nak berpisah dgn kawan kawan tadika dan skandal pertama ku, si jefri (amboi ,ingat lagi), mana mungkin aku dapat naik darjah satu dan kenal dgn skandal kedua ku , si aminuddin ( kagum aku ingat nama? )


* kalau tak nak berpisah dgn kawan primary skul , mana boleh aku bertemu mata, kenyit mengenyit, pewit memiwit dgn skandal skandal ku and pakwe pertama ku (nama rahsia sbb maybe die baca ni, oi malu weh ) di secondary skul and dpt *A's ( rahsiakan bilangan A) and masuk KMJ.


*okay kat kmj aku takde skandal sbb cahaya keinsafan mula menyubur ( ke sebab takde org minat? motif) . ke ade org suka aku tapi tak cakap ? haaa..takpelah.dah terlambat. tapi aku jumpa budak2 praktikum yg mak aih aku pun tak sure dorang ni normal ke tak . hahaha. gelimattt seh. rendu korang.

PF42:)




rummate :)

*okay.UTM. tak berpisah lagi tapi bakal berpisah by the end of this month tapi jumpa balik bulan 10 ni.tu pun tak sure jumpa dorang dlm keadaan masa aku tinggalkan dorang ke tak. mana lah tahu masa tinggal jadi anak dara, anak teruna, tup tup bila tak jumpa few months dah jadi bini or laki orang. ALLAH je tahu. benda baik kena cepat cepat kan. oh jgn risau, sy lambat lagi.aura kahwin pun tak sudi datang lagi. hahaha. tak nak cakap banyak sebab tak nak tacink. menci tahu.


TAK MO UPLOAD GAMBA MUKA KORANG. TAK MO,TAK MO. 

dah dah, tak mo nanges. kejap je ni rendu,dah balik umah goyang kaki, lupa terus kot. motif je nanges. HAHAHAHA.




okay. sebak.

24 May 2012

GUGURL

assalamualaikum and hey you !



okay. tak sopan langsung. mintak maaf zahir batin.

eksaited nak update blog sebab tadi dapat parcel lagi, hehe.

lately, aku memang suka beli barang2 online and alhamdulillah semua selamat sampai dlm 

keadaan yg comey lotey sempurna sekali. PERFECT !



STOP ! STOP !

WARNING ! ENTRY NI PANJANG DARI BIASA DAN SANGAT TAK SESUAI UNTUK BACAAN LELAKI. 



dari contact lense, baju baju, tudung , supplements , skin care, accesories,

make up bagai, even handphone yg aku pakai sekarang. !

overall dlm bilik ni semua online ! MAJU seh

ramai orang kata mahal beli online, tak boleh usha depan mata, dan kadang kadang barang tak sampai.

even yg sampai pun bukan barang yg kita bayar. WUT THE HECK !

kesian korang kan. 

mcm ni..kalau nak beli barang2 online, kita kena la research sikit pasal si penjual tu.

boleh percaya ke tak . nak tahu camne ?


1. biasanya penjual2 ni datang dari facebook. so korang godek godek semua info pasal dia.


2. tengok testimoni testimoni customers. biasa, kalau testimoni banyak and ramai org komen bagi feedback terbaik dari ladang dan lautan dalam tu, haa. ape lagi. time to shop !



3. lagi untung kalau penjual tu kawan kpda kawan korang. so anything bad happens, serang kawankorang dulu ! muahahaha. lagi lagi untung kalau penjual tu kawan korang sendiri. *claps


4. tanya la kawan2 korang yg suka beli brg online (contohnya aku) kalau korang nak beli barang yg sama dgn dia.  ye la, boleh tengok depan mata products tu kan.


5. still x percaya ? korang tengok frenlist si penjual ni. biasa aku beli dari orang2 yg femes je. gituuu. sebab org yg femes takkan buat kerja jahat. nanti die kena maki secara berjemaah.



aku rasa tu je kot. tapi sebenar ye banyak lagi. malas pulak nak fkir, PD pun aku tak fikir sehebat ini tahu.

*eh PD pun terselit kat sini. PENGSANNNNN*


aku ni pemurah lagi penyayang. so ramai kawan kawan aku beli online through aku je.

ye la, senang guna nama aku. orang pejabat pun dah kenal . fuyyooo.

JAY FEMES seh kat pejabat dan pejabat pos skudai. grrr.


dah baca semua ? jum usha gambar gambar product online aku. 



ni handcream dari korea. bau ye sangat wangggggiiii and buat tgn korang flawless , cerah,anjal gitu.
oh ye, ni baru smpai tadi. rm30.

ini dari tony moly, korea jugak. korang perasan tak bibir org korea mcm natural pink shiny gitew? dorang pakai ni la. ! dot kan je kat bibir and it will spread to ur lips. ni pun baru sampai rm10.

haaa.nmpak je besar sbnr ye kecik beno. wee. korea lagi ! ini lips srub baviphat, untuk reduce garisan kat bibir u ols and reduce itam itam tu sekali. baru sampai gak ! rm25.

what is this ?! sbgai student, wajiblah panda eyes kan tapi bila melampauuuuu, aku tak tahan and ini lah solusi aku !
collagen eye gitu. nmpak putih tebal tu ? bila korang dah pakai ,nanti jadi sehelai plastik je sebab semua collagen dah resap masuk. perghhh. baru sampai. rm2 per pack.kat lua rm4 kot !

tomatox from tony moly ! ini mask and result die instant ! nak cerah cerah kan ? haa, pakai ni. potong jari kalau tak nampak beza.seyes nampak. research ah review die sendiri.malas taw nak btaw. baru sampai, rm30 tak silap aku.

taraaa. ini lah shaklee sin set supplements aku.sbnrye ade satu ag, tapi aku jrg mkn yg tu sbb die dlm serbuk. wahaha.
dah 2 bulan consume, pergh result die lambat sket tapi korang boleh rasa. tapi tu pun sbb aku liat gila nak minum air 3L sehari. padan muka ! jgn sebok beli yg krim tu semua kalau dari dalaman korang x repair.pastu sebok salahkan produk tu.kesian taw. kita kena la repair dari dalam . harga ? ni utk 4 bulan teros and rm245 after promotion.

yg ni terbaik. SEYES ni !!! ni foundation from japan, yg muka jerawat dan lepas tu takkan naik jerawat even after pakai ni. even secoles korang put on ur face, die akn cover segalanya.yeah ! rm45 but lasting for monthS. tgk aku capslock tu.
hari hari aku pakai. and benefits die banyak giler woiii. malas pakai krim tu semua? pakai je benda ni. nipis pun takpe.




dulu muka aku terok gila kot, sekarang better la walau tak flawless sgt pun.

tapi kena lah bersyukur kan. aku yg salah sebab tak discipline kan diri minum air masak 3L sehari BOOOO..

malas dah la nak tulis.lain kali pulak okay.bai.


20 May 2012

DOSA DAN DOA

ASSALAMUALAIKUM :)


maaf, tajuk tu agak religious. aku mungkin masih belum layak untuk kupas sedalam dalamnya. apa yg salah, bolehlah sama sama betulkan. tapi jangan risau, i just wanna talk on the surface. heart to heart. especially to my heart.


kenapa kita selalu berdoa kepada ALLAH SWT untuk dapatkan apa yg kita nak tapi ALLAH SWT lambat makbulkan atau kadang kadang kita rasa ALLAH SWT tak makbulkan pun ?



we always and never miss to commit mistakes in life. sure, some we realized and some are not. that's why ,
 " sesungguhnya istighfar ku memerlukan satu lagi istighfar "


tak silap saya, kata kata ini dituturkan oleh salah seorang hamba perempuan ALLAH SWT di zaman RASULULLAH SAW. kadang kadang, kita tak sedar pun even a slightest sin we did. contoh, dlm berkata kata, semasa berkomunikasi ..  kadang kadang kata kata kita tu terlalu 'makan dalam' dan pihak yg terasa akan offended.

pihak yg terasa tu maybe tak sampai hati nak beritahu depan depan, jadi die akan simpan dlm hati. then, kecil hati sorang sorang. lebih teruk, bila dia jenis menyimpan rasa , sampai satu masa meletup, die akan face to face dan pihak yg menegur pula jenis kesabaran yg masih belum tinggi, lalu bergaduh. satu persahabatan putus. hmm...sangat tak suka. jadi, nasihat lah secara berhikmah. kalau boleh, tegurlah secara berdepan.



 sabarlah HATI.


DOA .

selalu kita berdoa ,siang malam ..mintak ALLAH SWT makbulkan hajat kita, bagi apa yg kita nak.. sy rasa..bagi saya, konsep ini harus ditukar..jgn terlalu meminta apa yg kita nak..tapi doalah supaya ALLAH SWT beri yg terbaik kepada hajat kita. 


 kita nak dapat result yg gempak gempak, tapi ALLAH SWT bagi kita tak berapa gempak. kita kecewa, kita dah usaha, dah berdoa, dah tawakal,cukup tiga syarat. tapi ALLAH SWT maha mengetahui kan.



ALLAH SWT suka org muslim berdoa dan DIA tak pernah kata TIDAK untuk doa yg baik baik, unless kita frust dan doakan ex kita tak bahagia sepanjang hidup dia, mestilah tak makbul :)

bila kita berdoa, ALLAH SWT hanya bagi tiga jawapan ni je :

1. YA
2.BELUM LAGI
3. HE  GOT SOMETHING BETTER FOR U.


kenapa hajat org bukan muslim cepat makbul tapi org muslim lambat makbul ?

sebab ALLAH SWT tak suka dengar hajat org2 bukan islam dan org2 yg tak beriman kpdaNYA. sbb tu DIA cepat2 makbulkan. lain dgn muslim dan org2 yg beriman, DIA sangat sangat suka dengar doa, rintihan, hajat . DIA rindu. see? jangan salahkan takdir atau pencipta kita lagi tau kalau lambat doa kita makbul. :)


kalau ade ramai adik beradik perempuan, ade mak, ade kawan2 perempuan, mintak tolong sekali doakan untuk kita sebab doa perempuan ni cepat dimakbulkan dari lelaki. :) bangga kan jadi perempuan ? dear my GFs and BFs , doakan yg terbaik untuk saya :)



p/s : most ideas sy amik dari pembacaan sy , insyaALLAH diyakini sumbernya. harap maaf. ini hanya sharing. :)




15 May 2012

CITA CITA SAYA NAK JADI CIKGU,CIKGU !

ASSALAMUALAIKUM and HELLOOO :)





kalau dikira, cikgu bukanlah profession impian aku yg permanent.

usahawan,lawyer,lecturer,and now, engineer. emmm, i think it's WAS engineer.

jgn lah buat muka terkejut, walaupun aku bakal grad in engineer field, tapi lately, itu rupanya bukan profession 

yg aku cari. kalau ikut kata hati lah. it's too late to discuss bout it.

already studied almost 4 years.yes, FOUR YEARS in engineer field.

tapi, rezeki. itu semua rezeki.




tapi profession cikgulah yg paling lama aku simpan kemas di hati.

best ajar budak2 ni, lebih lebih budak in primary school. they are so young, trying to learn something new.

lebih seronok kalau dapat budak2 yg otak die cepat.

mmg jimat tenaga dan masa. wahahaha. *memilih rupanya*



masa aku darjah empat, aku dipilih sebagai pustakawan.

means aku kena pakai kasut hitam,baju biru,tudung biru.

masa tu keluarga aku miskin sangat..so aku tak berani nak cakap kat mak aku kena beli semua baru.

ingat tak lagi entry aku dulu dulu yg aku pakai kasut sekolah mcm mulut buaya tu ?

sampai kena heret heret so that people wont know aku pakai kasut koyak tapak.

one day, cikgu bm aku , PN WAN SANIAH called me to her room.

dgn muka innocent aku pergi bilik dia, sbb masa tu aku mmg student die yg paling dia sayang.

wah wah wah. rupanya, die belikan baju pustakawan utk aku. sob sob sob.

okay, setel masalah baju.now shoes .





haa, ingat lagi satu entry aku tak yg previous yg aku celop kasut koyak aku dalam cat hitam so that aku tak 

perlu beli kasut hitam yg baru. see, aku tak perlu menyusahkan sesape.

hitam tu memang hitam, tapi consequences die, kasut aku makin retak bila cat tu dah kering.

tapi bila bukak kasut, stokin pulak yg berlubang. MASALAH LAGI.

aku terbalikkan stokin tu. memang sedih tapi bila fikir fikir, how independent i am on that time.

sebab tu sampai sekarang aku dah sebati dgn kesusahan aku sendiri.



tapi the point sebenarye stori ni, nak ucap TERIMA KASIH BANYAK BANYAK kat cikgu aku.

most of us susah nak ingat nama cikgu kita masa sekolah rendah kan ?

aku dah lama tak jumpa cikgu cikgu aku dulu.

sebab cikgu lah aku pandai bahasa inggeris, pandai mate,pandai semua laaahh..

tapi bila sampai Uni ni, lain pulak jadi ye. tak pandai pulak. HAHAHAHA.

maybe sbb Uni ni kita tak panggil cikgu kot, kita panggil lecturer..

hmm, makes sense kan ? *alasan*




oklah. malas pulak nak cite panjang. 

sempena hari guru esok , saya nak ucapkan 


SELAMAT HARI GURU 
PADA SEMUA CIKGU CIKGU SAYA !!


TADIKA KEMAS , TAMPOI.
SK PENGKALAN RINTING,JB ( JAN-FEB 1996)
SK PEROL, KELANTAN (1996-1999)
SK KETEREH ,KELANTAN(2000-2001)
SMK KETEREH, KELANTAN (2002-2006)


KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (2007-2008)
UTM SKUDAI (2008 - NOW)



halalkan semua ilmu ilmu yg saya dah serap masuk dlm otak.

maafkan saya sebab sy jadi biol siket bile masuk utm.

saya doakan cikgu cikgu saya panjang umur supaya dpt terus berbakti.




AMIN.

30 April 2012

SPOUSE



tengah dengar lagu, tetiba keluar lagu grenade.

well, u know..yeahh..the lyrics were so well-made.

from the melody, lyrics,tone,.. salute to bruno mars.



okay, sebenarye aku rendu gila kat blog.

aku nak update tapi blur nak update ape.

banyak benda jadi recently, feeling feeling reluctant nak share ke idok. 

sampai rasa ke tahap "perlu ke" ?



perempuan..suka sharing is caring, kononnya.

nak cerita kat orang, takot orang cakap cakap belakang.

ye lah,kadang kadang hidup kita ni lebih menarik dari mereka. tu sebab dorang suka cakap2.

nak cerita kat dinding, nampak sangat dah boleh isi borang hospital tanjung rambutan.

nak cerita kat makhluk bernyawa, contohnya kucing..

kucing kat blok aku ni suka masuk dlm tong sampah je. 

baru tegor HELLO, dah melalok lari entah ke mana.

-,-"



tapi mungkin sebab perangai aku yg naturally garang, so ramai yg tak bertanya straight to my face.

tapi mungkin ramai tak tahu (memang taktahu pun) , dalaman aku ni fragile sampai boleh patah 

beribu ribu tahu. 

ah. biarlah. 




At night when the stars

Light up my room

I sit by myself

Talking to the moon

Try to get to you

In hopes you're on

The other side

Talking to me too

Or am I a fool

Who sits alone

Talking to the moon

[ talking to the moon-bruno mars]




p/s : i heard  a lot of rumors about me and him. YES, im with him. i always pray in the end of my solat that he is my spouse till jannah. pray for me , not talking behind me.